Jumaat penghulu segala hari muncul jua...
Kenapa ya...hari Jumaat je rasa bahagia.
Sebab esok anak2 cuti sekolah :P
Jangan perkecilkan hari Jumaat. Kita kadang ternanti2 hari ahad.
Tapi sepatutnya hari JUMAAT lah ..hari yang penuh barokah
Kalaulah kita tahu apa yang terkandung dalam hari Jumaat. Pasti kita akan ternanti2 kedatangannya.
Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Kenapa sebaik hari..korang tak konfiden ke?
Meh sini nak kabo...nabi yang cakap bukan Kak Es yg reka okeh
- “Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
- Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
- “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Jangan kita lepaskan peluang melebihkan amalan pada hari dengan penuh yakin....
Bagi kaum Adam yang baru berangan tak nak gi solat...nak berblog je lupa kan laaaahhh..
sebabnya rugi banget kalau kamu tahu kelebihan yang besar ni Allah nak bagi pada hari ini. Sebelum pegi solat meh sini renungkan....
- Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
- Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
- Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan