SELAMAT DATANG SEMUA

Selasa, 24 Mei 2011

10 jenis seksaan yang menimpa wanitA

Dalam perjalanan Israk mikraj, Baginda
diperlihatkan

yang
membuatkan Rasulullah SAW menangis
setiap
kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda
diperlihatkan perempuan yang digantung
dengan
rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka
adalah perempuan yangTIDAK MAHU
MELINDUNGI
RAMBUTNYA daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda
ialah
perempuan yang digantung dengan
lidahnya dan
tangannya dikeluarkan daripada
punggung dan
minyak panas dituangkan ke dalam
kerongkongnya. Mereka adalah
perempuan yang
suka menyakiti hati suami dengan kata-
katanya.

Baginda juga melihat bagaimana
perempuan
digantung buah dadanya dari arah
punggung dan
air pokok zakum dituang ke dalam
kerongkongnya. Mereka adalah
perempuan yang
menyusui anak orang lain tanpa keizinan
suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya
serta dua
tangannya sampai ke ubun dan dibelit
beberapa
ular dan kala jengking. Mereka adalah
perempuan
yang boleh solat dan berpuasa tetapi
tidak mahu
mengerjakannya, tidak berwuduk dan
tidak mahu
mandi junub. Mereka sering keluar rumah
tanpa
mendapat izin suaminya terlebih dulu
dan tidak
mandi iaitu tidak bersuci selepas habis
haid dan
nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan
yang
makan daging tubuhnya sendiri
manakala di
bawahnya ada api yang menyala.
Mereka adalah
perempuan yang BERHIAS UNTUK
DILIHAT
LELAKI LAIN dan suka menceritakan aib
orang
lain.

Baginda juga melihat perempuan yang
memotong
badannya sendiri dengan gunting dari
neraka.
Mereka adalah perempuan yang suka
memasyhurkan diri sendiri supaya orang
melihat
akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah
perempuan yang kepalanya seperti
kepala babi
dan badannya pula seperti keldai.
Mereka adalah
perempuan yang suka mengadu domba
dan
sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda
nampak
rupanya berbentuk anjing dan beberapa
ular serta
kala jengking masuk ke dalam mulutnya
dan
keluar melalui duburnya. Mereka adalah
perempuan yang suka marah kepada
suaminya
dan memfitnah orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan