Ikhlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang paling
tinggi
selepas iman.Ia adalah rahsia Tuhan, para malaikat pun tidak tahu.Yang
punya
diri pun tak dapat mengesannya.Ia adalah penentu apakah amalan
seseorang itu
diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para sahabat bila mendengar
tentang
ikhlas itu dari Rasulullah s.a.w menangis meratap.Mereka merasakan
tidak
selamat.Mereka mungkin tidak boleh memperolehi sifat ikhlas yang begitu
tinggi kedudukan dan nilainya itu kerana susahnya untuk mendapat sifat
ikhlas itu.
Islam tidak membenarkan seseorang itu mengaku dia adalah ikhlas
walaupun
sebelum ini dia ikhlas, automatik keikhlasannya terbatal.Kalau begitu
salah
sekali selama ini yang berlaku dalam kehidupan kita seolah-olah telah
jadi
budaya apabila seseorang itu memberi, menolong,membantu dengan berkata,
’Ambillah,saya ikhlas’.
Saya telah tolong dia dengan ikhlas kemudian dia memusuhi saya’.
Saya hendak tolong awak ini dengan ikhlas tapi saya sedih awak
menolaknya’
Saya ikhlas nak bagi banyak itu, saya bagilah’
Di dalam menulis surat, selalu ditutup dengan perkataan,’saya yang
ikhlas’
Orang yang mengaku ikhas ertinya dia mengaku dia orang yang paling
baik.Dalam ajaran islam mengaku baik itu adalah satu kesalahan.Siapa
yang
mengaku ikhlas, siang-siang ternafi keikhlasannya.Tiada siapa yang
mengetahui seseorang itu ikhlas.Sekali pun yang punya diri,walaupun
malaikat,melainkan Allah saja yang Maha Mengetahui.Oleh itu tiada
seorang
pun yang berhak mengatakan yang dia ikhlas.Dia hanya berharap,
moga-moga
setiap amal yang dibuat itu diterima oleh Allah SWT.
Apa erti ikhlas?
Erti ikhlas itu murni,bersih.Sesuatu benda itu, kalau jenis dia
saja,tidak
bercampur dengan jenis-jenis lain, dianggap benda itu bersih dan
murni,
tidak dinodai oleh benda-benda lain.Sebagai contoh, kalau air itu
semata-mata air,kemudian kalau ia tercampur sabun atau nila atau
tepung, air
itu tidak ikhlas.Ertinya,air itu tidak murni lagi, tidak mutlak
lagi,tidak
bersih, tidak pure, kerana ia sudah tercampur dengan benda lain yang
bukan
jenisnya.
Ertinya ,air telah ternoda atau dinodai oleh benda lain atau ia telah
diwarnai oleh benda lain. Begitulah kita beramal,berusaha,berjuang
seperti
bersembahyang,berpuasa,bayar zakat, naik haji,membaca
al-quran,mengajar,
berdakwah menolong motivasi, forum, ceramah,belajar dan lain-lain,
semata-mata kerana Allah taala, kerana suruhannya, kerana perintahnya,
kerana mentaatinya, kerana patuh kepadanya.Jadi, kerana yang kita buat
seperti contoh di atas adalah kerana yang satu, tujuannya satu,
didorong
oleh satu sahaja iaitu oleh Allah swt. Demi untuk mengabdikan diri
kepadanya, tidak dicampur atau tidak bercampur dengan kerana-kerana
yang
lain selain Allah swt itulah yang dikatakan orang yang ikhlas.
Iaitu, dia membuat kerja-kerja tadi,kerananya murni.tujuannya
bersih,dorongan dari satu iaitu Allah Taala.Apa nak jadi, tidak
timbul.Atau
apa yang tidak jadi pun, tidak timbul,sekiranya buat kerja-kerja yang
kita
contohkan diatas kerananya iaitu dorongannya tidak bercampur atau
tercampur
dengan kerana-kerana yang lain atau terselit niat-niat yang lain di
dalam
niat kerana Allah itu.Jika sekiranya kerana-kerana lain dibawa sama,dia
perbuat itu dorongannya bukan satu lagi.Sudah menjadi dua atau tiga
seperti
membuat kerja-kerja diatas dicampur sama kerana
riak,megah,nama,glamour,pankat,duit,kerana orang minta,kerana takut
orang
tak suka, mental exercise, kerana boring di rumah,kerana hendak lari
daripada masaalah,kerana ingin sokongan atau undi,kerana hendak uji
kemampuan, kerana hendak berlawan,kerana cup,kerana hadiah, kerana
piala,
kerana kawan,maka orang itu sudah tidak khalis didalam kerjanya.
Ikhlas sudah tiada.Ikhlas sudah tidak murni lagi.Di dalam perbuatannya
ikhlas sudah ternoda.Justeru, apa yang dibuat itu kerana Allahnya sudah
bercampur dengan kerana-kerana yang lain seperti kerana contoh diatas
yang
telah disebut tadi.Oleh itu keranaAllahnya sudah tidak bersih atau
tidak
murni lagi.Niatnya sudah bersekutu atau niatnya sudah syirik iaitu
syirik
khafi.Diakhirat anti Allah meminta orang itu “pergilah kepada orang
yang
kamu meminta itu “Allah Taala tidak akan membalas apa-apa kebaikan
kepada
orang itu,kerana tujuan dia beramal itu tidak kepada Allah lagi. Atau
tidak
sepenuhnya kerana Allah. Ada kerana yang lain selain kerana Allah.
Untuk berlaku ikhlas dalam semua perbuatan kita,sebenarnya amat susah
sekali.Terutamanyan kerja -kerja amalan yang ada hubungkaitnya dengan
kepentingan umum atau dengan orang ramai atau amalan yang terdedah
kepada
amalan umum seperti ceramah,berdakwah, mengajar, belajar, gotong
royong,membaca al-quran di hadapan khalayak,forum,upacara memberi
adiah,
beri bantuan dihadapan umum,atau dihadapan orang ramai,lebi-lebih lagi
bagi
orang yang jarang memikirkan hati.Hati dibiar atau etrbiar, jarang
diambil
tahu atau diambil kira,selalunya lebih banyak terjebak kepada tidak
ikhlas.Lebih ramai nawaitu-nya tercampur dengan hal
‘huzzuzunnafsi’,kepentingan atau tujuan diri samaada disedari atau
tidak
disedari.
Kerana kurang menyuluh hati,adakalanya amalan itu dibuat awal-awal lagi
nawaitu telah rosak.Kalau tidak diawalnya, rosak ditengah jalan.Kadang
diawal dan dipertengahan jalan,hatinya kerana Allah tidak bercampur
kerana
yang lain,selain Allah Taala tapi dia terjebak di hujung atau diakhir
perbuatannya.Ibarat membuat rumah atau bangunan diatas lumpur.Maka
awal-awal
lagi rumah atau bangunan itu runtuh,diawal-awal lagi.
Disini didatangkan contoh-contoh bagaimana ia boleh terjadi.Katalah
kita hendak berdakwah satu tempat pada hari dan haribulan
sekian-sekian,samaada kita yang buat program itu mahupun penduduk
tempatan
untuk menjemput kita.Hati kecil kita pun berkata,
“Hah, ini masa kita akan popular, aku akan terkenal, atau peluang dapat
duit poket atau aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku
selama
ini, barulah mereka tahu siapa aku, padan muka mereka nanti.”
Usaha dakwahnya rosak sama sekali, diawal –awal lagi sudah tidak ada
keikhasan.Bukan kerana Allah taala tapi kerana diri kita sendiri,
kerana
tujuan menghentam.Tapi kita gunakan hak Allah sebagai alat-alat.Ini
iabarat
melukis diatas air atau membangunkan rumah diatas lumpur.Bagaimana pula
rosak di tengah –tengah atau di dalam prrjalanan?. Mula- mula memang
dibuat
kerana Allah.Hati berkata “ Aku wajib menyampaikan seruan Allah ini
lebih-lebih peluang sudah ada atau peluang sudah terbuka.Aku mesti
mengisi
program ini,aku tidak ada apa-apa keuzuran, kalau tidak aku
mengisinyananti
Allah pula marah.Insyaallah aku akan pergi berdakwah di tempat itu.”
Waktu sedang menyampainya dengan petahnya dan dengan bahasa yang indah
serta dengan dalil-dalil dan hujah yang fasih,orang ramai pun
mengangguk-angguk, begitu beria -ia betul mereka mendengarnya dan
menerima
apa yang kita sampaikan,menunjukkan ada respon daripada orang ramai
.Hati
kita pun berbunga,syaitan pun menghembus-hembus di dalam hati kita
untuk
melupakan Allah.Kita pun terasa luar biasa.Hati kita pun berbisik-bisik
kepada kita,”Hebat aku ni,boleh tahan juga aku ni ya! Payah juga orang
lain
nak menandingi aku!”
Di pertengahan dia rosak.rosak didalam perjalanan.Keikhlasannya tadi
telah
diungkaikannya.Dia telah berkongsi niat di antara Allah dengan dirinya
sendiri.Syirik khafi. Niat atau kebaikan berdakwahnya itu telah
dibatalkannya.Ibarat membuat rumah atau bangunan,sedang dia membinanya
dan
belum pun siap,sudah diruntuhkannya.Ini kebaikan yang rosak
dipertengahan
jalan.
Bagaimana pula orang yang rosak dihujung perjalanan atau diakhir
perbuatannya.Di awal sebelum berdakwah, niatnya sudah bagus.Dia hendak
berdakwah di tempat dan di bulan –bulan sekian,tujuannya berbuat
begitu
adalah kerana Allah.Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk
menyampaikan
risalah tuhan kepada umatnya.Apabila sampai masa berhadapan dengan
orang
ramai,ia pun menyampaikan dakwahnya,di waktu itu hatinya masih betul
dan
baik,belum tergugat lagi dari kerana Allah taala.Masih belum terungkai
lagi.Tapi,apabila balik dari majlis berdakwah itu, ada kawan yang sama
-sama
berada didalam keretanya bercakap,”Ustaz bercakap tadi sedap
betul,saya
tengok orang didalam majlis mengangguk-angguk.Setiap orang beri
respon.Ustaz
kalau boleh kenalah teruskan dakwah ini,ustaz akan lebih lunak dan
matang.”Hatinya terus berbunga.Ujub pun datang.Syaitan pun
membisik-bisik
dalam hati orang yang mampu dan berkebolehan.Dia tidak mengaitkan
kemampuannya sebagai anugerah dari tuhan.Allah yang maha
pengurnia.Patut
dia malu pada tuhan,kerana Allah Taala telah beri dia kebolehan didalam
ceramah atau pidatonya.Maka terbatal ibadahnya,pahala dakwahnya malam
itu
terkorban,ibarat membangunkan rumah atau bangunan,siap-siap saja rumah
itupun runtuh.
Apa yang kita bawa ini adalah satu contoh.kita boleh kiaskan pada kerja
yang lain.