SELAMAT DATANG SEMUA

Jumaat, 6 Julai 2012


Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..

Cintaku sederhana dalam kesederhanaan…
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu…
Cintaku sederhana dalam keterbatasan…
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu,
bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan…

Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya…
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus…
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh…
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka…
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan…

Cintaku sederhana,
namun terukir di hati yang tulus…

Cintaku penajam imanku…
Cintaku penebal keyakinanku…

Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia…
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi…

Aku ingin mencintaimu sederhana

Ya Allah baguskanlah agamaku kerana ia menjadi peganganku.

Baguskanlah duniaku kerana disitulah kehidupanku, dan baguskanlah akhiratku kerana itulah tempat aku kembali.

Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh dan jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.

[LIKE & SHARE] Semoga doa ini dibaca oleh setiap yang menatapnya ^_^


Saya suruh awak jadi MATAHARI saya, tapi bila malam, awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodnight kat awak setiap malam? 

Maka saya suruh awak menjadi BULAN saya, tapi bila pagi awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodmorning kat awak setiap pagi?

Apa kata awak jadi IMAM saya, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dgn Isyak sentiasa ada untuk ucapkan sayang awak pada saya. Tak termasuk Dhuha lagi kalau saya nak. (
◕‿◕✿)

Khamis, 7 Jun 2012

6 perkara Allah sembunyikan


''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara 
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir 
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

Detik pertemuan antara kita,
Tidak direncana.
Ianya seperti mimpi,
Yang baru menjadi realiti.
Ku harap redha Ilahi,
Agar dipelihara kesucian hati,
Seandainya bicara sepi ini
menjadi penghubung bicara,
ku terima dengan hati terbuka.

Ku berserah, ku bersujud,
ku bersyukur, ku bertahajud....
Atas segala ketentuanmu.... Ya Rabbi....

Khamis, 10 November 2011

M'cintai seseorg i2 adlh hak kta.


M'cintai seseorg i2 adlh hak kta. Nmun memiliki seseorg y kta cntai tnpa ikatan rasmi i2 bkn hak kita. Jgn prnh tkut melepaskn ssuatu y blom berhak kta miliki. dia pasti akn kmbali, andainya Allah m'jadiknnya utk kta miliki. Sekiranya x, Allah akn m'gantikn dgn y jauh lbh baik drpd y skrg kta cntai. Jgn prnh takut kehilangan sesuatu y bkn hak kta. Jgn ditangisi apa y bkn milik kta. Hapusknlah air mata, senyumlah pd semua y masih menghargaimu~ ^_^





Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abad

Top of Form

 

Bottom of Form

mad