SELAMAT DATANG SEMUA

Jumaat, 28 Disember 2012


TANDA-TANDA HATI YANG MATI :

1.Berani meninggalkan solat.

2.Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar.

3.Tidak tersentuh hatinya bahkan menjauhi Ayat-ayat Alqur'an.

4.Terus menerus maksiat.

5.Sibuknya mengumpat dan buruk sangka.

6.Sangat benci mendengar nasihat yang baik dan benci pada ulama'.

7.Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian,kuburan dan Akhirat.

8.Senang melihat orang susah dan menderita.

Dulu hatiku telah mati dan hanyut dengan duniawi...

Tetapi dengan izinMu YA ALLAH berkat doa hamba-hambaMu dapat dihidupkan semula HATI dan IMAN ini kembali semula ke jalan Mu YA ALLAH...

Jumaat, 2 November 2012


Seorang anak muda duduk di masjid menunggu khutbah Jumat, melihat dengan tidak begitu senang kepada kotak sumbangan yang di tolak ke arahnya.

Dia membuka dompetnya dan memilih-milih wang yang terkecil untuk disumbangkan.

Dengan berat hati dia memasukkan wang 10 sen .- ke kotak tabung masjid.

Sebelum dia menolak kotak itu ke sebelah, seorang org tua di belakang menepuk bahunya, dan memberikan dua keping wang kertas rm 50.

Dia terkesima dan hairan, tapi dia segera memasukkan dua keping wang kertas tersebut ke tabung masjid, dan menolaknya ke jemaah berikutnya.

Dia menoleh ke orang tua tersebut dan berkata: “banyak sangat bagi duitnya pakcik, sikit- sikit sudahlah, syag plak rasanya t?”

Orang tua tersebut tersenyum dan menggeleng ramah, dan mengatakan: “Bukan bgitu dik, itu tadi duit adik yang jatuh dari dompet.”

apa???

Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH..maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN yang TERBAIK untuk kita..usah terlalu BERDUKACITA kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA..maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU..dan diakhirnya kelak nanti :

~ JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH..
~ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..
~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH..

>>> Allah akan MELINDUNGI kita saat manusia memerlukan perlindungan di waktu perhitungan kelak, Insyallah..berpisah secara fizikal, suara, rupa tapi di hati..tidak pernah ada perpisahan selagi IRINGAN DOA dan HARAPAN disandarkan kepadaNYA..yakinlah dengan KETENTUANNYA..

Maha Suci Allah yang telah mengharamkan setiap sesuatu yang memudaratkan makhluk2Nya... Tidaklah Allah mengharamkan sesuatu itu melainkan sedikit. Dalam setiap perkara, banyak benda yang harus, hanya satu dua perkara sahaja yg dilarang. Seharusnya kita bersyukur kepada Allah, kerana Allah Yang Maha Pencipta itu Maha Mengetahui atas segala yang berlaku di muka bumi ini, maka wajiblah kita akur kepada setiap perintah2 Allah...

Al-Quran sebagai guide utk manusia meneruskan kehidupan, dan Rasulullah s.a.w. sebagai utusanNya yang menjadi praktikal kepada umat manusia utk diikuti...
-farish-
SAYANG AYAH? BUKAN hanya DILAFAZ. Andai kamu sayang ayah, kenapa KAMU BEBANI AYAH kamu dengan DOSA-DOSA kamu? Kamu TIDAK MENUTUP AURAT. Selagi kamu BELUM BERKAHWIN, selagi itu BANYAK DOSA yang kamu "BERIKAN" kepada AYAH. Jika sayang, kenapa MENAMBAH BEBAN DOSA pada ayah? Mungkin kini di DUNIA , DOSA tidak dapat DILIHAT, namun yang MENANGGUNG DOSA-DOSA kamu sewaktu kamu belum BERKAHWIN ialah AYAH.

p/s : SAYANG AYAH bukan sekadar PENGUCAPAN dan DOA semata-mata, namun perlu DITARBIYAH dengan PERBUATAN .RENUNGAN BERSAMA wahai anak-anak ayah.

~..UJIAN adalah TARBIYYAH dari Allah, semakin DEKAT BAHTERA kita denganNya..semakin KUAT dan HEBAT taufan yang melanda..hidupkanlah hatimu dengan MENGENALNYA, akal yang MEMAHAMI HAKNYA dan jiwa yang MENCINTAINYA..kelak dirimu akan terasa BAHAGIA dan menemui JALAN KEBENARAN atas KASIH SAYANG yang diberikanNya..~

>>> Sungguh hatimu akan merasakan MANISNYA TAKDIR Allah jika kamu mencintaiNya, kerana itulah dikatakan..individu yang PALING MENCINTAI Allah adalah orang yang PALING MENGENALNYA..♥♥
~ A : "Tolong JANGAN PUTUS dengan saya, saya TIDAK BOLEH HIDUP tanpa awak.."
~ B : "Habis selama ni awak HIDUP SIHAT sebelum kenal saya tu apa namanya?"

p/s : Tidak perlu MATI gara-gara cinta manusia, kerana di sana ada CINTA ALLAH yang lebih MENGHIDUPKAN dan MEMBAHAGIAKAN..
♥♥

:: HILANG CINTA Allah LEBIH MENYAKITKAN berbanding hilang CINTA MANUSIA ::

Astaghfirullahal'azim

‎[dari wall sahabat]
Bersabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa, dan menjadikannya berzuhud di dunia."

Sebentar tadi selepas solat Jumaat, para jemaah bangkit untuk laksanakan solat mayat kepada arwah(tak kenal siapa, tak disebut nama)..Semoga Allah memberkatinya di hari yang penuh barakah ini deng
an limpah rahmat dari-Nya :(

إنّا لله وإنّا إليه راجعون

Perbanyakkan ziarah orang meninggal, dengan itu hati yang keras dapat jadi lembut dengan mengingati mati :'(

Jumaat, 12 Oktober 2012


‎=> Bila aku SEDIH , aku MENANGIS untuk lebih TENANG . .
=> Bila aku MARAH , aku MENANGIS untuk REDAKAN rasa itu . .
=> Bila aku TERASA HATI , aku MENANGIS supaya aku TAK buat DOSA dengan MENGATA & MENGUMPAT. .
=> Bila aku RASA BENCI , aku MENANGIS supaya aku BENCI akan PERBUATAN aku sendiri..
=> Bila aku BUAT DOSA , aku MENANGIS kerana aku buat ALLAH SWT MURKA . .

Ya ALLAH , terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku . .
Engkau yang paling memahamiku , tiada yang lain . .
Terima kasih kerana beri nikmat 'MENANGIS' ini untuk hamba-Mu lebih dekat
dengan-Mu . .
~ A L H A M D U L I L L A H ~ YA A L L A H ~




Sahabatku rahimakumullah....Saat hati berkata "INGIN",namun qadar ALLAH AZZA WA JALLA berkata "TUNGGU"...

Saat air mata "MENETES",namun qadar ALLAH AZZA WA JALLA berkat.."TERSENYUMLAH"...

Saat segalanya terasa.."MEMBOSANKAN",namun qadar ALLAH AZZA WA JALLA berkata "TERUSLAH MELANGKAH"...

Biidznillaah...Kita merancang sesuatu,ALLAH AZZA WA JALLA juga merancang sesuatu yang dirahasiakan-NYA buat kita.Namun,Rancangan Allah Azza Wa Jalla itu LEBIH baik. . .yang PALING baik. . .dan yang TERBAIK daripada rancangan kita.

Karena ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan)! ! !

Jadi,kita sebagai hamba-NYA. . Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA.

Yakinlah...ALLAH AZZA WA JALLA ada untukku,untukmu,dan untuk kita semua.

Mungkin rencana kita telah baik,namun harus di ingat bahwa rencana ALLAH AZZA WA JALLA lebih baik lagi.Belum tentu apa yang kita anggap baik di mata kita baik pula di mata ALLAH AZZA WA JALLA .

ALLAH AZZA WA JALLA telah Mempersiapkan yang jauh lebih baik untuk kita yang sesuai dengan Akhlak serta Perangai Kita..
Ikhlaskanlah segalanya pada ALLAH AZZA WA JALLA dan Yakinlah akan janji-Nya...Apapun yang di berikan kepada Kita itulah yang terbaik buat Kita....(QS.Al-Baqoroh:216).

Teriring Salam Santun salam Ukhuwah fillah.

Ada Orang Sayang Awak...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda...

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara...

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda...

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda...

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur...

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang...

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia...

8. Anda seorang yang istimewa dan unik...

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda...

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya...

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka...

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya...

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela...

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya...

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. Walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga...

~* MANISNYA IMAN, INDAHNYA PERNANTIAN *~

• Jika dirimu sekarang sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju redhaNya, maka bersabarlah...

• Demi ALLAH, dia tidak datang Kerana kecantikan dan ketampanan, kepintaran ataupun kekayaan..
Tetapi ALLAH lah yang menggerakkan HATI.. hatimu dan hatinya..

• Simpanlah segala bentuk ungkapan CINTA dan kunci ''hatimu'', ALLAH akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang TEPAT..

• Yakinlah padaNya.. InsyaALLAH..

Jumaat, 6 Julai 2012


Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..

Cintaku sederhana dalam kesederhanaan…
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu…
Cintaku sederhana dalam keterbatasan…
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu,
bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan…

Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya…
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus…
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh…
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka…
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan…

Cintaku sederhana,
namun terukir di hati yang tulus…

Cintaku penajam imanku…
Cintaku penebal keyakinanku…

Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia…
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi…

Aku ingin mencintaimu sederhana

Ya Allah baguskanlah agamaku kerana ia menjadi peganganku.

Baguskanlah duniaku kerana disitulah kehidupanku, dan baguskanlah akhiratku kerana itulah tempat aku kembali.

Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh dan jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan.

[LIKE & SHARE] Semoga doa ini dibaca oleh setiap yang menatapnya ^_^


Saya suruh awak jadi MATAHARI saya, tapi bila malam, awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodnight kat awak setiap malam? 

Maka saya suruh awak menjadi BULAN saya, tapi bila pagi awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodmorning kat awak setiap pagi?

Apa kata awak jadi IMAM saya, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dgn Isyak sentiasa ada untuk ucapkan sayang awak pada saya. Tak termasuk Dhuha lagi kalau saya nak. (
◕‿◕✿)

Khamis, 7 Jun 2012

6 perkara Allah sembunyikan


''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara 
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir 
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

Detik pertemuan antara kita,
Tidak direncana.
Ianya seperti mimpi,
Yang baru menjadi realiti.
Ku harap redha Ilahi,
Agar dipelihara kesucian hati,
Seandainya bicara sepi ini
menjadi penghubung bicara,
ku terima dengan hati terbuka.

Ku berserah, ku bersujud,
ku bersyukur, ku bertahajud....
Atas segala ketentuanmu.... Ya Rabbi....